Pages

Wednesday, 22 January 2014

Pengumuman : Perasmian Genius Baby On Board Shah Alam

Alhamdulillah. Rasa syukur Teacher panjatkan kepada Allah SWT di atas terbinanya GBOB Shah Alam. Pejam celik pejam celik, sudah lebih kurang 6 bulan kami beroperasi. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak merupakan sesuatu perkara yang baru oleh sesetengah ibubapa. Tetapi semakin lama semakin ramai yang sedar akan pentingnya pendidikan awal ini setelah melihat sendiri hasilnya.
Jadi mari sertai kami di majlis perasmian yang akan diadakan di pada:

Tarikh   : 9 Februari 2014
Waktu   : 10pagi - 5petang
Alamat  : No. 102b, Tgkt 2 Jalan Pelabur A 23/A, 40300 Shah Alam.
Tetamu Undangan : Farrah Adeeba





Mari datang beramai-ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program kami dan juga untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa kelas 'playgroup' yang hanya ada pada hari itu.



Dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik dan juga goodie bag yang kami sediakan.

JOM, JANGAN LEPASKAN PELUANG. AJAK JUGA KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA YANG BERMINAT.
BERSAMA-SAMA KITA MERIAHKAN SUASANA.

JANGAN LUPA!!!



~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'! 


Thursday, 19 September 2013

Resepi 'Playdough'

Puas sangat apabila dapat membuat sendiri adunan 'playdough' untuk anak-anak syurga bermain semasa 'art class' di playgroup. Perasaannya sama seperti apabila saya buat adunan ini untuk anak saya, Azfar bermain. Selain daripada jimat, 100% yakin selamat ( masuk mulut pun tak ada hal, tak payah nak kelam kelibut cungkil mulut anak) dan boleh buat pelbagai warna tetapi yang paling penting adalah ia dibuat dengan penuh rasa KASIH SAYANG!!





Warna boleh ikut suka. Nak lembut ke, terang ke atau sangat terang. Boleh ditentukan melalui kuantiti pewarna yang kita nak guna.

Okay, sudah siap. Sangat teruja bila tengok gambar ni kan. Resepi ada saya kongsi di bawah.



Inilah antara pelajar untuk playgroup di GBOB Shah Alam semasa 'art class' yang menggunakan homemade 'playdough'.
 


Hasil kreativiti anak-anak syurga dalam mengekspresikan imaginasi mereka dengan menggunakan 'fine motor skills'.

Selain daripada bermain dengan adunan yang telah siap, ibubapa boleh melibatkan anak daripada awal penyediaan 'playdough' ini. Sama jugak seperti kita ajak mereka membuat kek, contohnya.
Secara tak langsung meereka akan didedahkan dengan skil-skil baru seperti menimbang dan mengukur kuantiti adunan.

Disini saya kongsi resepi dan selepas ini bolehlah jalankan aktiviti ini dengan anak tercinta ye.

Playdough Recipe

2 cups plain flour
1 cup salt
1 tbs cooking oil
1/2 – 1 cup cold water
2 drops of food coloring

Method:
1.       Combine plain flour and salt.
2.       Add oil,water and coloring. Mix until ingredients are well combined.
3.       Knead well.
4.       If consistency is too wet add a little plain flour.




~ Teacher Azie ~