'Big Boss' aka owner Genius Baby On Board Shah Alam yang sebenarnya. Selayaknya digelar begitu kerana disaat diriku ini dipastikan sedang mengandung oleh 'pregnancy test kit' dan oleh seorang doktor, sayup-sayup kata-kata semangat ingin memberikan yang terbaik seawal dari dalam kandungan, kedengaran di telinga.Ilmu kehamilan memang kosong, memandangkan ini adalah anak pertama. Usaha untuk gali dan gali dan gali lagi segala ilmu yang ada.
Lahirnya pertama hati kami pada 1 April 2010, Muhammad Azfar nama diberi yang membawa maksud 'Yang Berjaya, Yang Menang'. Mudah-mudahan berjaya dan menanglah kamu di dunia dan juga di akhirat wahai anak.
Pencarian ilmu mengenai tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak pun bermula. Pada mulanya aku sangat hairan kenapalah ibubapa ni rajin sungguh sungguh hantar anak ke 'sekolah' pada usia bayi lagi, tambahan yuran yang dikenakan mahal juga. Ada juga kawan cadangkan pergi ke sekian sekian tapi belum bersedia lagi dari semua sudut, kesedaran, masa, kewangan dan sokongan.
Jadi penyelesaiannya, berkepit dengan En Google. Terus-terang aku katakan, memang blog-blog dari luar yang banyak menjadi sumber rujukan dan inspirasi sebab mereka ini maju dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mana yang mampu aku buat, aku cuba buat sendiri. Perkara-perkara yang mudah.
Contoh:
1) Banyakkan berinteraksi dengan bayi anda dari saat kelahirannya menggunakan sebutan yang betul bukannya sebutan yang pelat.
e.g makan (mamam) , susu (cucu/shushu).
2) 'Eye Contact'. Apabila ketajaman visualnya sudah semakin meningkat, perbanyakkanlah sesi 'eye contact' bersama bayi e.g bercakap sambil merenung mata.
3) Pergerakkan fizikal. Apabila bayi sudah semakin kuat, lakukan aktiviti yang akan merangsang pergerakkan mereka.
Berikut hanyalah contoh yang amat asas sekali. Bila semakin banyak aku 'teroka' ilmu ini, barulah aku tahu betapa sikitnya ilmu yang aku ada. Semakin lama semakin seronok dan apa yang aku dapat, aku aplikasikan kepada anak. Bila lihat perkembangan yang positif, aku jadi semakin minat dan terdetik di dalam hati untuk ada tadika sendiri. Ehhhh....tiba-tiba nak berangan pulak. Cerita dengan suami, katanya 'Saya sokong je'.
Ada juga yang tidak menggalakkan impian aku tu. Rasa agak 'demotivated' jugalah masa itu. Tapinya simpan dalam hati sahajalah.
Apabila Azfar cecah umur 2 tahun, aku dah simpan niat nak hantar dia ke playschool. Jadi aku jalankan misi mencari yang bagus dan berpatutan di sekitar Shah Alam. Dari Brainy Bunch Montessori ke CIC ke Dzul Iman. Yang ni semuanya aktiviti harian. Suami katanya, tak payahlah dulu pergi yang hari-hari punya. Aku yang menurut perintah. Tetapi aku tak puas hati, aku nak juga hantar Azfar ke playschool ke playgroup ke apa-apa sahaja yang boleh membantu untuk merangsang perkembangan otak dan fizikal dengan kaedah yang lebih sistematik.
Tetiba teringat seorang kawan ada bagi voucher untuk kelas percubaan percuma di Gymboree setahun yang lepas. Dua kali pergi namun Azfar tidak menunjukkan langsung minatnya. Okay tak apa, lagipun ini baru pertama kali Azfar didedahkan dengan persekitaran begitu. Dalam pada nak daftar Azfar ke Gymboree, aku terbaca pula mengenai playgroup Genius Baby On Board yang menerapkan unsur-unsur keislaman dalam modulnya.
Aku pun terus hantar 'message' untuk datang 'trial class'.
'Sorrylah yang, kelas penuh'
'Penuh? Minggu lagi satu?'
'Minggu lagi satu kita tutup sebab Teacher akan pergi bercuti. Unutk minggu seterusnya tak pasti lagi ada kosong ke tak. Nanti 'message' balik ye.'
'Oklah kalau macam. Terima Kasih.'
Akhirnya dapat juga Azfar selit untuk datang pada 2 minggu kemudian. Sama juga 'pe el' nya tak memberikan kerjasama. Malu-malu gitu dan mulalah nak protes. Tapi dari kelas pertama itulah Teacher menggunakan kaedah paksa rela/ taliban. Terkejut dibuatnya Azfar....hehehehehe. Aku? Cool saja sebab dah ada ilmu kan walau seciput. Bila balik, dalam kereta aku tanya,
'Azfar, do you want to go to school again?' *senyap, buat tak tau*
Selang 2 hari lepas tu masa kat rumah, Azfar sebut nak pergi 'school'. Esok tu terus aku nak 'book slot' tapi hampa sebab penuh.....ishhhh. Penuh...penuh...kalau macam tu baik tulis kat blog tu, 'KELAS PENUH' aku kata dalam hatilah. HAMPA. Tapi aku pesan dengan Teacher, kalau ada slot kosong bila-bila terus masukkan nama anak saya ye.
Dari situlah terdetiknya untuk aku tanya,
'Eh u tak nak bukak franchise ke? Sebab asyik penuh je'
'Ada yang, rancangnya dalam 2013 I nak open untuk sesiapa nak jadi 'licensee''.
'Ooooo yeke...eh kalau macam tu I nak book area Shah Alam'.
'Ala yang, Shah Alam dah ada orang booklah. Tapi belum buat apa-apa payment lagi. First come, first serve basis lah I amik.'
'Ok-ok'
Dari situlah bermula segalanya. Dan dek kerana aku yang setiap minggu tanya Teacher Watie bila ada kosong untuk Azfar join sebagai 'fulltime student' walaupun memang waiting list berderet-deret, Alhamdulillah rezeki Azfar dapat 'join'....hehehehe.
Bila dah tiap-tiap minggu aku hadir ke kelas, semakin bersemangat pula untuk menjadi 'licensee'. Bila dikelilingi anak-anak kecil ini terasa seperti ada satu semangat yang berkobar-kobar. Dan aku pun berbincang dengan suami mengenai perancangan untuk membuka cawangan Genius Baby On Board di Shah Alam.
Syukur Alhamdulillah, impian aku terlaksana jua dengan bantuan kewangan dari suamiku (tapi bukan free, ada share..hahahaha). Tapi sekurang-kurangnya aku tak perlu bayar faedah.
Terlalu banyak dugaan dan rintangan dalam penubuhan GBOB Shah Alam ini dan yang pasti tak akan dapat ku lupakan sampai bila-bila.
Harapan kami di Genius Baby On Board agar para ibubapa akan lebih sedar akan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini.
~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!
Tahniah teacher.. Lama Auf x jmp Azfar.. Hope to see u soonnnnn
ReplyDeleteThank You Ain. Ya Allah memang rasa rindu sgt nak join class n nk jmpe yg lain2. Keadaan x tentu skrg ni, pastu klau dpt pun terpaksa amk kelas pkl 3 nya. Sbb klau n kejar yg 1.30 mmg x sempat.
Delete