Pages

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

"Bebelan With Love" Kata Teacher Watie

Sewaktu kecil dulu bila mak atau ayah membebel (selalunya maklah kan) mesti kita rasa macam nak tutup je telinga ni. Kadang-kala tu mungkin ada juga yang menarik muka, menunjukkan rasa tidak puas hati dan sebagainya tanpa kita fikirkan setiap kata-kata yang dibebelkan itu. Tapi bila dah rasai sendiri fasa sebagai seorang emak, barulah kita faham. Bukan mudah sebenarnya tugas untuk menbentuk anak yang kita kandungkan selama 9 bulan untuk menjadi seseorang yang kita harapkan. Mustahil untuk kita lakukannya seorang. Kita perlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkan kita, memberi sokongan dan juga menunjukkan kaedah yang betul selain daripada rujukan dan pembacaan yang kita lakukan sendiri.
Kadang-kadang peringatan dengan kata-kata yang pedas inilah yang akan melekat dengan kuatnya dalam sanubari.

Tujuan saya berkongsi bebelan ini di blog saya adalah supaya ia tidak 'hilang', senang nak cari bila diperlukan kerana saya, selain dari seorang Teacher di 'center' saya sendiri. saya adalah juga seorang emak yang sedang membesarkan anak.






 

Mari kita baca perkongsian ini,


"Hari ni saya nak kongsi sikit mengenai penglibatan Guru di dalam kelas Playgroup terhadap anak-anak yang mempunyai isu-isu tertentu seperti isu behaviour dan sensory.

Semua Tenaga Pengajar di GBOB telah di latih untuk melihat bagaimana isu-isu ini jika tidak ditangani akan memberikan kesan dalam kehidupan seorang anak.

Sebagai Guru yg bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan kami untuk melak
ukan sesuatu bagi memastikan anak ini keluar dari kepompong 'keselesaan' yg selama ini merantai hidup mereka tanpa disedari Ibu Bapa. Mungkin juga sbnrnya Ibu Bapa sedar tapi alasan 'anak masih kecil' @ 'malas dan tak sampai hati dgr anak menangis, menjerit', @ 'penat balik kerja nak dgr lagi anak mengamuk' dsb menyebabkan Ibu Bapa terlepas pandang perkara penting ini dan membiarkan sahaja ia berlalu dgn harapan 'nanti dah besar pandailah dia.. '.

Cth:Anak pertama kali pegang gam @ pasir. Anak tak suka, geli, buat muka, menangis, seterusnya menjerit dan mengamuk. Jika dirumah, kebiasaannya Ibu Bapa akan mengalah dan berpendapat jika anak tak suka jgn paksa, jadi itulah kali pertama dan terakhir anak nampak gam dan pasir dalam hidup mereka. Mudah kan hidup anak? Tak suka..NANGIS! Mak Ayah pening dan kesian anak NANGIS, terus sahaja assume anak tak suka dan tak payah buat lagi. Anak happy, kerja Mak Ayah lagi mudah..

Maaf Ibu Bapa yg saya sayangi, di GBOB, kalau kami buat seperti apa yg anda buat di rumah (anak nangis dlm kelas jangan paksa dia..) tiada bezanya kami dengan anda!. Buat apa anda bayar yuran kelas kalau kami tak dpt bantu anak anda? Senang lah kerja kami kalau macam tu, senangnya dpt duit kan? Anak nangis, duduk tepi diam2 jgn kacau kawan lain, sampailah anak tu sendiri nak buat.. wow! Sorry but that's not my way..dan saya tak ajar Tenaga Pengajar saya buat begitu. Sebab itulah GBOB terkenal dgn istilah "PAKSA RELA" & "TALIBAN".

Kami hanya ada 1 jam dalam seminggu untuk mengubah kehidupan anak anda menjadi yang terbaik. Kami bukan Kindy yang boleh jumpa anak anda tiap2 hari untuk mengubah sikap mereka. Anda juga mesti ingat, di Playgroup kami anda boleh lihat sendiri perangai dan tingkah laku anak macam mana tetapi di Kindy anda tidak tahu. Anda tidak tahu pun apa berlaku di Kindy anak. Satu kelebihan Playgroup adalah apabila anda lihat bgmn anak berinteraksi dgn persekitaran, anda tahu celah mana kelebihan dan kelemahan anak dan kita sama2 boleh bantu anak itu jika kedua2 pihak bekerjasama.

Saya selalu educate Ibu Bapa di Puchong, anda sepatutnya bersyukur bila anak buat perangai di kelas Playgroup, sebab bila anak buat perangai, Teacher nampak, Teacher boleh bantu on the spot. Kalau perlu kami lakukan sesuatu yg anda sendiri tak mampu nak lakukan kerana 'ikatan Ibu Bapa & Anak' yg kadangkala menyukarkan proses mendisiplinkan anak2, memang kami akan lakukan. Sebab itu kami mohon kerjasama Ibu Bapa untuk bantu kami, kerana proses ini jika Ibu Bapa tak sokong atau tak sanggup lihat anak di TALIBAN kan, memang ia takkan menjadi. Kalau anak kat sekolah baik, kat rumah baru buat perangai, mmg kami tak dpt tunjuk tekniknya di kelas kerana anak itu berkelakuan baik & tidak adil untuk kami "TALIBAN" kan anak tanpa sebab.

Kita kena ingat, tak semua Teacher Playgroup nak buat 'tugas' ini kalau tak betul-betul yakin diri apatah lagi di depan Ibu Bapa yg hadir. Bukan seorang tapi 10 - 12 Ibu Bapa yg ada di setiap sessi. Kami buat di depan anda, anda nampak, anda tengok sendiri, kami tak cover-cover, tapi kalau anda hantar anak ke Kindy, anda nampak ker apa yg berlaku? Apa Pengasuh @ Guru buat utk disiplinkan anak? Anak kena cubit ker, pukul ker? Anda nampak? Tau-tau berbirat jer balik rumah. *tak semua Kindy macam tu, tp kita pun banyak kes seperti ini berlaku saya tak perlu hurai panjang lebar*.

Tapi di GBOB, anda boleh nampak apa kami buat, macam mana kami handle dan selepas kelas, kami consult parents macam mana nak sambung disiplinkan anak di rumah kalau anak buat perangai lagi. Kami 'pecahkan telur' di kelas dan tugas anda cuma belajar dan buat perkara yg sama di rumah. Kami mudahkan tugas anda *jika anda melihat dgn mata hati*. Kalau betul2 anda ikut apa yg kami sarankan, Insya Allah, behaviour anak akan cepat berubah tapi jika anda masih keberatan utk buat apa yg kami sarankan, jangan risau, kami tahu anda 'tidak buat apa-apa pun'... kenapa kami tahu? Sebab anak anda tidak pandai berpura-pura. Refleksi mereka dirumah akan dibawa ke mana sahaja mereka berada kerana mereka jujur, bukan macam kita org dewasa yg pandai bermuka-muka. Kalau Ibu Bapa tak buat apa2 selepas kami nasihatkan anda, mmg tiada perubahan yg akan berlaku. Masakan ada, bandingkan 1 jam anak dikelas bersama Guru seminggu sekali dengan 56 jam anak dirumah bersama anda (8 jam x 7 hari). Siapa yg lebih kerap bersama anak?

Jika anda mengerti betapa mahalnya harga coaching dan parenting @ family consultation jika anda jumpa dengan Specialist @ Therapist, anda pasti akan hargai apa yg kami lakukan ini. Kindly bear in mind that we did this for FREE. Atas dasar tanggungjawab dan mahu membantu kerana Allah SWT. Ia tidak termasuk dalam kos Playgroup anda bayar setiap minggu itu. Saya perlu menekankan perkara ini kerana fitrah manusia, barang FREE kurang nilainya dan tidak dihargai. Kami tidak minta anda sanjung kami, puji kami, kami tidak perlukan itu semua, kami hanya mahu anda bantu kami untuk bantu anak anda. ANAK ANDA! ANAK ANDA! .

Mungkin ada Ibu Bapa baru yg dtg ke Cawangan kami akan rasa pelik sedikit dengan pendekatan kami, kerana memang susah nak jumpa Playgroup yg sanggup nak buat seperti apa yg kami lakukan. Its not easy.. it takes a lot of courage, confidence and knowledge to do this. Tapi, untuk Ibu Bapa yg dah biasa dengan GBOB, yg dah tahu cara saya bekerja, mereka tahu mereka mendapat LEBIH dari apa yg mereka BAYAR. Sebab itu, hubungan kami sgt baik dan rapat, anak2 murid saya yg pernah kena TALIBAN dgn Teacher Watie, walaupun kena TALIBAN, masih gigih dan seronok datang kelas, tiada istilah trauma, kerana hati mereka suci, mereka tahu apa itu KEIKHLASAN."

"Suka saya tekankan ayat yg sering saya ulang ini untuk kita renungan bersama:

"IT'S NOT ABOUT ME, IT'S NOT ABOUT YOU, IT'S ABOUT YOUR CHILD...".

Bebelan with Love ,
Teacher Watie.

 

 
 

~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 28 January 2014

Pencuriiiiii !!!!!!

MANA???? Siapa pencuri??? Dia curi apa???
 
 
 
Bawa bertenang. Mari kita baca kisah dibawah dahulu.
 
 
 
 
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
 
“Salam.
 
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
 
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
 
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
 
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
 
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
 
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
 
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
 
 
 
Apa kaitannya kisah diatas dengan pencuri?
 
Sebelum itu mari kita fahamkan erti curi.
Pencuri ialah dari perkataan curi. Antara maksudnya mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya
2. mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam
 
Kita selalu anggap pencuri itu ialah apabila seseorang mengambil BARANG tanpa pengetahuan dan si pencuri-pencuri ini akan selalu dipandang serong kerana telah melakukan perbuatan terkutuk...keji.
Beriya sungguh menghukum dan menyumpah seranah pencuri...ish...ish...ish.
 
TETAPI adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri boleh ataupun memang seorang pencuri.
 
'Haihhhhh, pencuri apa. Mana ada saya curi apa-apa'
 
PENCURI MASA !!
 
'Huhhh'
 
Masa berkualiti yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menggembirakan hati dan meninggalkan kesan positif terhadap emosi dan perkembangan mereka.
 
'Eh saya tiap-tiap hari ada dengan anak. Sama-sama tengok tv.'
 
Aktiviti yang seringkali kita ingat sudah cukup. Walhalnya yang ditonton adalah rancangan orang dewasa yang anak kecil sendiri pun tidak faham. Ibubapa tengok tv, anak di hadapan main berseorangan. Bila iklan, masing-masing sibuk pula melayan telefon pintar masing-masing, buka 'facebook', layan 'whatsapp kawan-kawan'....ketawa berdekah-dekah. Tanpa ada sebarang komunikasi antara satu sama lain. Anak yang tadi hanya memerhatikan dan barangkali berfikir, 'Oh ini caranya untuk meluangkan masa bersama keluarga'.
 
Dihujung minggu pula, sibuk dengan hal lain samaada bekerja, melepak bersama rakan-rakan atau perlu hadiri jemputan kenduri. Bila balik rumah sudah penat dan kesudahannya tiada juga masa berkualiti yang diluangkan bersama anak.
 
Nampak tak disitu bagaimana kita ini sebenarnya 'pencuri'. Tetapi tiada undang-undang ciptaan manusia dan hakim yang boleh mendakwa kita. Yang pasti Allah SWT adalah hakim yang sebenar.




Sumber Google

 
 
KELUARGA HARUSLAH DIBERIKAN KEUTAMAAN.

Mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama bukannya hanya terletak pada bahu salah seorang dari kita sebagai ibubapa.
 
Anak pula merupakan amanah dari Allah SWT yang harus kita jaga dengan sebaik-baiknya. Berikan mereka hak yang sepatutnya mereka terima. Didikan haruslah dimulakan seawal usia. Usahalah untuk memberikan yang terbaik dan mengikut kemampuan.


 
 
 Usahlah biarkan kisah diatas berlaku kepada kita bila menginjak usia tua, bilamana anak-anak lah yang menjadi tempat kita mengadu suka duka.
 
 
 
'BEST LEADERS LEAD BY EXAMPLE'
 
 
 
 
 

 
 
~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!