Pages

Thursday, 27 March 2014

"Bebelan With Love" Kata Teacher Watie

Sewaktu kecil dulu bila mak atau ayah membebel (selalunya maklah kan) mesti kita rasa macam nak tutup je telinga ni. Kadang-kala tu mungkin ada juga yang menarik muka, menunjukkan rasa tidak puas hati dan sebagainya tanpa kita fikirkan setiap kata-kata yang dibebelkan itu. Tapi bila dah rasai sendiri fasa sebagai seorang emak, barulah kita faham. Bukan mudah sebenarnya tugas untuk menbentuk anak yang kita kandungkan selama 9 bulan untuk menjadi seseorang yang kita harapkan. Mustahil untuk kita lakukannya seorang. Kita perlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkan kita, memberi sokongan dan juga menunjukkan kaedah yang betul selain daripada rujukan dan pembacaan yang kita lakukan sendiri.
Kadang-kadang peringatan dengan kata-kata yang pedas inilah yang akan melekat dengan kuatnya dalam sanubari.

Tujuan saya berkongsi bebelan ini di blog saya adalah supaya ia tidak 'hilang', senang nak cari bila diperlukan kerana saya, selain dari seorang Teacher di 'center' saya sendiri. saya adalah juga seorang emak yang sedang membesarkan anak.






 

Mari kita baca perkongsian ini,


"Hari ni saya nak kongsi sikit mengenai penglibatan Guru di dalam kelas Playgroup terhadap anak-anak yang mempunyai isu-isu tertentu seperti isu behaviour dan sensory.

Semua Tenaga Pengajar di GBOB telah di latih untuk melihat bagaimana isu-isu ini jika tidak ditangani akan memberikan kesan dalam kehidupan seorang anak.

Sebagai Guru yg bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan kami untuk melak
ukan sesuatu bagi memastikan anak ini keluar dari kepompong 'keselesaan' yg selama ini merantai hidup mereka tanpa disedari Ibu Bapa. Mungkin juga sbnrnya Ibu Bapa sedar tapi alasan 'anak masih kecil' @ 'malas dan tak sampai hati dgr anak menangis, menjerit', @ 'penat balik kerja nak dgr lagi anak mengamuk' dsb menyebabkan Ibu Bapa terlepas pandang perkara penting ini dan membiarkan sahaja ia berlalu dgn harapan 'nanti dah besar pandailah dia.. '.

Cth:Anak pertama kali pegang gam @ pasir. Anak tak suka, geli, buat muka, menangis, seterusnya menjerit dan mengamuk. Jika dirumah, kebiasaannya Ibu Bapa akan mengalah dan berpendapat jika anak tak suka jgn paksa, jadi itulah kali pertama dan terakhir anak nampak gam dan pasir dalam hidup mereka. Mudah kan hidup anak? Tak suka..NANGIS! Mak Ayah pening dan kesian anak NANGIS, terus sahaja assume anak tak suka dan tak payah buat lagi. Anak happy, kerja Mak Ayah lagi mudah..

Maaf Ibu Bapa yg saya sayangi, di GBOB, kalau kami buat seperti apa yg anda buat di rumah (anak nangis dlm kelas jangan paksa dia..) tiada bezanya kami dengan anda!. Buat apa anda bayar yuran kelas kalau kami tak dpt bantu anak anda? Senang lah kerja kami kalau macam tu, senangnya dpt duit kan? Anak nangis, duduk tepi diam2 jgn kacau kawan lain, sampailah anak tu sendiri nak buat.. wow! Sorry but that's not my way..dan saya tak ajar Tenaga Pengajar saya buat begitu. Sebab itulah GBOB terkenal dgn istilah "PAKSA RELA" & "TALIBAN".

Kami hanya ada 1 jam dalam seminggu untuk mengubah kehidupan anak anda menjadi yang terbaik. Kami bukan Kindy yang boleh jumpa anak anda tiap2 hari untuk mengubah sikap mereka. Anda juga mesti ingat, di Playgroup kami anda boleh lihat sendiri perangai dan tingkah laku anak macam mana tetapi di Kindy anda tidak tahu. Anda tidak tahu pun apa berlaku di Kindy anak. Satu kelebihan Playgroup adalah apabila anda lihat bgmn anak berinteraksi dgn persekitaran, anda tahu celah mana kelebihan dan kelemahan anak dan kita sama2 boleh bantu anak itu jika kedua2 pihak bekerjasama.

Saya selalu educate Ibu Bapa di Puchong, anda sepatutnya bersyukur bila anak buat perangai di kelas Playgroup, sebab bila anak buat perangai, Teacher nampak, Teacher boleh bantu on the spot. Kalau perlu kami lakukan sesuatu yg anda sendiri tak mampu nak lakukan kerana 'ikatan Ibu Bapa & Anak' yg kadangkala menyukarkan proses mendisiplinkan anak2, memang kami akan lakukan. Sebab itu kami mohon kerjasama Ibu Bapa untuk bantu kami, kerana proses ini jika Ibu Bapa tak sokong atau tak sanggup lihat anak di TALIBAN kan, memang ia takkan menjadi. Kalau anak kat sekolah baik, kat rumah baru buat perangai, mmg kami tak dpt tunjuk tekniknya di kelas kerana anak itu berkelakuan baik & tidak adil untuk kami "TALIBAN" kan anak tanpa sebab.

Kita kena ingat, tak semua Teacher Playgroup nak buat 'tugas' ini kalau tak betul-betul yakin diri apatah lagi di depan Ibu Bapa yg hadir. Bukan seorang tapi 10 - 12 Ibu Bapa yg ada di setiap sessi. Kami buat di depan anda, anda nampak, anda tengok sendiri, kami tak cover-cover, tapi kalau anda hantar anak ke Kindy, anda nampak ker apa yg berlaku? Apa Pengasuh @ Guru buat utk disiplinkan anak? Anak kena cubit ker, pukul ker? Anda nampak? Tau-tau berbirat jer balik rumah. *tak semua Kindy macam tu, tp kita pun banyak kes seperti ini berlaku saya tak perlu hurai panjang lebar*.

Tapi di GBOB, anda boleh nampak apa kami buat, macam mana kami handle dan selepas kelas, kami consult parents macam mana nak sambung disiplinkan anak di rumah kalau anak buat perangai lagi. Kami 'pecahkan telur' di kelas dan tugas anda cuma belajar dan buat perkara yg sama di rumah. Kami mudahkan tugas anda *jika anda melihat dgn mata hati*. Kalau betul2 anda ikut apa yg kami sarankan, Insya Allah, behaviour anak akan cepat berubah tapi jika anda masih keberatan utk buat apa yg kami sarankan, jangan risau, kami tahu anda 'tidak buat apa-apa pun'... kenapa kami tahu? Sebab anak anda tidak pandai berpura-pura. Refleksi mereka dirumah akan dibawa ke mana sahaja mereka berada kerana mereka jujur, bukan macam kita org dewasa yg pandai bermuka-muka. Kalau Ibu Bapa tak buat apa2 selepas kami nasihatkan anda, mmg tiada perubahan yg akan berlaku. Masakan ada, bandingkan 1 jam anak dikelas bersama Guru seminggu sekali dengan 56 jam anak dirumah bersama anda (8 jam x 7 hari). Siapa yg lebih kerap bersama anak?

Jika anda mengerti betapa mahalnya harga coaching dan parenting @ family consultation jika anda jumpa dengan Specialist @ Therapist, anda pasti akan hargai apa yg kami lakukan ini. Kindly bear in mind that we did this for FREE. Atas dasar tanggungjawab dan mahu membantu kerana Allah SWT. Ia tidak termasuk dalam kos Playgroup anda bayar setiap minggu itu. Saya perlu menekankan perkara ini kerana fitrah manusia, barang FREE kurang nilainya dan tidak dihargai. Kami tidak minta anda sanjung kami, puji kami, kami tidak perlukan itu semua, kami hanya mahu anda bantu kami untuk bantu anak anda. ANAK ANDA! ANAK ANDA! .

Mungkin ada Ibu Bapa baru yg dtg ke Cawangan kami akan rasa pelik sedikit dengan pendekatan kami, kerana memang susah nak jumpa Playgroup yg sanggup nak buat seperti apa yg kami lakukan. Its not easy.. it takes a lot of courage, confidence and knowledge to do this. Tapi, untuk Ibu Bapa yg dah biasa dengan GBOB, yg dah tahu cara saya bekerja, mereka tahu mereka mendapat LEBIH dari apa yg mereka BAYAR. Sebab itu, hubungan kami sgt baik dan rapat, anak2 murid saya yg pernah kena TALIBAN dgn Teacher Watie, walaupun kena TALIBAN, masih gigih dan seronok datang kelas, tiada istilah trauma, kerana hati mereka suci, mereka tahu apa itu KEIKHLASAN."

"Suka saya tekankan ayat yg sering saya ulang ini untuk kita renungan bersama:

"IT'S NOT ABOUT ME, IT'S NOT ABOUT YOU, IT'S ABOUT YOUR CHILD...".

Bebelan with Love ,
Teacher Watie.

 

 
 

~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 14 March 2014

Dapur Berasap di Genius Baby On Board Shah Alam kembali lagi !!!

Jika yang lepas kita buat resepi-resepi pencuci mulut/'dessert', kali ini Teacher Azie memerah otak cari resepi untuk 'savoury' pula. Dan yang pasti, konsepnya kali ini berdasarkan pemakanan sihat...dimana akan terdapat banyak sayuran-sayuran pelbagai warna. Menarik bukan.....hehehehe.
Dan yang penting kelas memasak di Genius Baby On Board Shah Alam memerlukan anak-anak anda menyediakan sesuatu hidangan itu dari A-Z. Jadi disini mereka dapat merasakan pengalaman memasak sendiri, dimana peluang ini mungkin jarang didapati apabila dirumah.
Apakah antara resepi-resepinya?

 
 1. Pita Bread with tuna and salads.



2. Beef/Chicken burger with homemade beef patty (will be prepared by your child).



3. Baked Seafood Pasta with vegetables.



4. Mini Pizza.



5. Fruit skewer as dessert for very session.




Dari buku inilah saya dapat ilham resepi-resepi berikut. Tetapi akan ada olahan dari setiap resepi-resepi berikut untuk menambahkan kemeriahan dan kesedapannya.

 
 
 
Tak sabar rasanya saya nak memulakan kelas masakan ini. Pasti seronok dengan pelbagai keletah dari mereka. Jom mummy dan daddy sekalian. Apa tunggu lagi? Tempat amat terhad bagi setiap sesi ye. Hanya 8 orang sahaja pengambilan bagi setiap tarikh. Dibawah adalah butirannya.
 
Hubungi Teacher Azie - 012-2877516 @
Teacher Watie - 016-2033340
 
 
 
 
 
 
~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!

Saturday, 22 February 2014

Yes Boss !!!!



'Big Boss' aka owner Genius Baby On Board Shah Alam yang sebenarnya. Selayaknya digelar begitu kerana disaat diriku ini dipastikan sedang mengandung oleh 'pregnancy test kit' dan oleh seorang doktor, sayup-sayup kata-kata semangat ingin memberikan yang terbaik seawal dari dalam kandungan, kedengaran di telinga.Ilmu kehamilan memang kosong, memandangkan ini adalah anak pertama. Usaha untuk gali dan gali dan gali lagi segala ilmu yang ada.
Lahirnya pertama hati kami pada 1 April 2010, Muhammad Azfar nama diberi yang membawa maksud 'Yang Berjaya, Yang Menang'. Mudah-mudahan berjaya dan menanglah kamu di dunia dan juga di akhirat wahai anak.

Pencarian ilmu mengenai tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak pun bermula. Pada mulanya aku sangat hairan kenapalah ibubapa ni rajin sungguh sungguh hantar anak ke 'sekolah' pada usia bayi lagi, tambahan yuran yang dikenakan mahal juga. Ada juga kawan cadangkan pergi ke sekian sekian tapi belum bersedia lagi dari semua sudut, kesedaran, masa, kewangan dan sokongan.
Jadi penyelesaiannya, berkepit dengan En Google. Terus-terang aku katakan, memang blog-blog dari luar yang banyak menjadi sumber rujukan dan inspirasi sebab mereka ini maju dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mana yang mampu aku buat, aku cuba buat sendiri. Perkara-perkara yang mudah.

Contoh:
1) Banyakkan berinteraksi  dengan bayi anda dari saat kelahirannya menggunakan sebutan yang betul bukannya sebutan yang pelat.
 e.g makan (mamam) , susu (cucu/shushu).
2) 'Eye Contact'. Apabila ketajaman visualnya sudah semakin meningkat, perbanyakkanlah sesi 'eye contact' bersama bayi e.g bercakap sambil merenung mata.
3) Pergerakkan fizikal. Apabila bayi sudah semakin kuat, lakukan aktiviti yang akan merangsang pergerakkan mereka.

Berikut hanyalah contoh yang amat asas sekali. Bila semakin banyak aku 'teroka' ilmu ini, barulah aku tahu betapa sikitnya ilmu yang aku ada. Semakin lama semakin seronok dan apa yang aku dapat, aku aplikasikan kepada anak. Bila lihat perkembangan yang positif, aku jadi semakin minat dan terdetik di dalam hati untuk ada tadika sendiri. Ehhhh....tiba-tiba nak berangan pulak. Cerita dengan suami, katanya 'Saya sokong je'.
Ada juga yang tidak menggalakkan impian aku tu. Rasa agak 'demotivated' jugalah masa itu. Tapinya simpan dalam hati sahajalah.

Apabila Azfar cecah umur 2 tahun, aku dah simpan niat nak hantar dia ke playschool. Jadi aku jalankan misi mencari yang bagus dan berpatutan di sekitar Shah Alam. Dari Brainy Bunch Montessori ke CIC ke Dzul Iman. Yang ni semuanya aktiviti harian. Suami katanya, tak payahlah dulu pergi yang hari-hari punya. Aku yang menurut perintah. Tetapi aku tak puas hati, aku nak juga hantar Azfar ke playschool ke playgroup ke apa-apa sahaja yang boleh membantu untuk merangsang perkembangan otak dan fizikal dengan kaedah yang lebih sistematik.

Tetiba teringat seorang kawan ada bagi voucher untuk kelas percubaan percuma di Gymboree setahun yang lepas. Dua kali pergi namun Azfar tidak menunjukkan langsung minatnya. Okay tak apa, lagipun ini baru pertama kali Azfar didedahkan dengan persekitaran begitu. Dalam pada nak daftar Azfar ke Gymboree, aku terbaca pula mengenai playgroup Genius Baby On Board yang menerapkan unsur-unsur keislaman dalam modulnya.

Aku pun terus hantar 'message' untuk datang 'trial class'.

'Sorrylah yang, kelas penuh'

'Penuh? Minggu lagi satu?'

'Minggu lagi satu kita tutup sebab Teacher akan pergi bercuti. Unutk minggu seterusnya tak pasti lagi ada kosong ke tak. Nanti 'message' balik ye.'

'Oklah kalau macam. Terima Kasih.'


Akhirnya dapat juga Azfar selit untuk datang pada 2 minggu kemudian. Sama juga 'pe el' nya tak memberikan kerjasama. Malu-malu gitu dan mulalah nak protes. Tapi dari kelas pertama itulah Teacher menggunakan kaedah paksa rela/ taliban. Terkejut dibuatnya Azfar....hehehehehe. Aku? Cool saja sebab dah ada ilmu kan walau seciput. Bila balik, dalam kereta aku tanya,

'Azfar, do you want to go to school again?'  *senyap, buat tak tau*

Selang 2 hari lepas tu masa kat rumah, Azfar sebut nak pergi 'school'. Esok tu terus aku nak 'book slot' tapi hampa sebab penuh.....ishhhh. Penuh...penuh...kalau macam tu baik tulis kat blog tu, 'KELAS PENUH' aku kata dalam hatilah. HAMPA. Tapi aku pesan dengan Teacher, kalau ada slot kosong bila-bila terus masukkan nama anak saya ye.

Dari situlah terdetiknya untuk aku tanya,

'Eh u tak nak bukak franchise ke? Sebab asyik penuh je'

'Ada yang, rancangnya dalam 2013 I nak open untuk sesiapa nak jadi 'licensee''.

'Ooooo yeke...eh kalau macam tu I nak book area Shah Alam'.

'Ala yang, Shah Alam dah ada orang booklah. Tapi belum buat apa-apa payment lagi. First come, first serve basis lah I amik.'

'Ok-ok'

Dari situlah bermula segalanya. Dan dek kerana aku yang setiap minggu tanya Teacher Watie bila ada kosong untuk Azfar join sebagai 'fulltime student' walaupun memang waiting list berderet-deret, Alhamdulillah rezeki Azfar dapat 'join'....hehehehe.

Bila dah tiap-tiap minggu aku hadir ke kelas, semakin bersemangat pula untuk menjadi 'licensee'. Bila dikelilingi anak-anak kecil ini terasa seperti ada satu semangat yang berkobar-kobar. Dan aku pun berbincang dengan suami mengenai perancangan untuk membuka cawangan Genius Baby On Board di Shah Alam.

Syukur Alhamdulillah, impian aku terlaksana jua dengan bantuan kewangan dari suamiku (tapi bukan free, ada share..hahahaha). Tapi sekurang-kurangnya aku tak perlu bayar faedah.
Terlalu banyak dugaan dan rintangan dalam penubuhan GBOB Shah Alam ini dan yang pasti tak akan dapat ku lupakan sampai bila-bila.

Harapan kami di Genius Baby On Board agar para ibubapa akan lebih sedar akan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini.







~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!


Monday, 3 February 2014

Baking Class Part 3 : 24 November 2013

Ini gambar-gambar 'baking class' pada 24 November 2013. Banyak lagi gambar yang ada tapi Azie hanya pilih secara rawak sebab terlalu banyak yang ada. Jom kita layan.












































~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!



Tuesday, 28 January 2014

Pencuriiiiii !!!!!!

MANA???? Siapa pencuri??? Dia curi apa???
 
 
 
Bawa bertenang. Mari kita baca kisah dibawah dahulu.
 
 
 
 
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
 
“Salam.
 
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
 
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
 
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
 
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
 
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
 
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
 
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
 
 
 
Apa kaitannya kisah diatas dengan pencuri?
 
Sebelum itu mari kita fahamkan erti curi.
Pencuri ialah dari perkataan curi. Antara maksudnya mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya
2. mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam
 
Kita selalu anggap pencuri itu ialah apabila seseorang mengambil BARANG tanpa pengetahuan dan si pencuri-pencuri ini akan selalu dipandang serong kerana telah melakukan perbuatan terkutuk...keji.
Beriya sungguh menghukum dan menyumpah seranah pencuri...ish...ish...ish.
 
TETAPI adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri boleh ataupun memang seorang pencuri.
 
'Haihhhhh, pencuri apa. Mana ada saya curi apa-apa'
 
PENCURI MASA !!
 
'Huhhh'
 
Masa berkualiti yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menggembirakan hati dan meninggalkan kesan positif terhadap emosi dan perkembangan mereka.
 
'Eh saya tiap-tiap hari ada dengan anak. Sama-sama tengok tv.'
 
Aktiviti yang seringkali kita ingat sudah cukup. Walhalnya yang ditonton adalah rancangan orang dewasa yang anak kecil sendiri pun tidak faham. Ibubapa tengok tv, anak di hadapan main berseorangan. Bila iklan, masing-masing sibuk pula melayan telefon pintar masing-masing, buka 'facebook', layan 'whatsapp kawan-kawan'....ketawa berdekah-dekah. Tanpa ada sebarang komunikasi antara satu sama lain. Anak yang tadi hanya memerhatikan dan barangkali berfikir, 'Oh ini caranya untuk meluangkan masa bersama keluarga'.
 
Dihujung minggu pula, sibuk dengan hal lain samaada bekerja, melepak bersama rakan-rakan atau perlu hadiri jemputan kenduri. Bila balik rumah sudah penat dan kesudahannya tiada juga masa berkualiti yang diluangkan bersama anak.
 
Nampak tak disitu bagaimana kita ini sebenarnya 'pencuri'. Tetapi tiada undang-undang ciptaan manusia dan hakim yang boleh mendakwa kita. Yang pasti Allah SWT adalah hakim yang sebenar.




Sumber Google

 
 
KELUARGA HARUSLAH DIBERIKAN KEUTAMAAN.

Mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama bukannya hanya terletak pada bahu salah seorang dari kita sebagai ibubapa.
 
Anak pula merupakan amanah dari Allah SWT yang harus kita jaga dengan sebaik-baiknya. Berikan mereka hak yang sepatutnya mereka terima. Didikan haruslah dimulakan seawal usia. Usahalah untuk memberikan yang terbaik dan mengikut kemampuan.


 
 
 Usahlah biarkan kisah diatas berlaku kepada kita bila menginjak usia tua, bilamana anak-anak lah yang menjadi tempat kita mengadu suka duka.
 
 
 
'BEST LEADERS LEAD BY EXAMPLE'
 
 
 
 
 

 
 
~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!

 

Monday, 27 January 2014

Baking Class : Resepi 'Monster Cookies'

Sepatutnya sebelum 'post' resepi-resepi semasa 'baking class', teacher 'post'kan dulu mengenai aktiviti 'baking class' semasa cuti sekolah yang lepas di Genius Baby On Board Shah Alam. Tapi bila kesibukkan melanda, memang tertangguhlah. Tapi jangan risau, in sha Allah Teacher akan kongsikan juga ya nanti.

Resepi ini pun sebab ada permintaan dari mommies yang hantar anak ke 'baking class' kami dan ingin mencuba pula dirumah bersama anak tercinta. Jadi sekarang sudah dapat ideakan untuk memanfaatkan masa bersama keluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan, mudah, cepat dan sedap.

Inilah rupa 'cookies monster'. Sepatutnya, saiz haruslah besar, sebesar tapak tangan tapi disebabkan tangan memasing comel-comel, maka yang terhasil pun doh yang comel. Tak kisah macam mana pun yang penting mereka ikut kreativiti sendiri dan puas hati.





'COOKIE MONSTER' Recipe.

100g unsalted butter, softened
100g light soft brown sugar
2 tbsp golden syrup
175g self-raising flour
M&M's or chocolate chips for decoration

Method
1. Heat oven to 160C/140C. In a large bowl, beat together the butter, sugar and golden syrup until smooth.
2. Sift in the flour and mix together. Roll into preferred size and decorate it.
3. Bake for 15-20 mins until golden. Leave on the baking sheet for 1 min before removing to a wire rack to cool.











~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!




Thursday, 23 January 2014

Conteng???

Pulangkan Tangan Adik! Adik Janji Tak Buat Lagi!

Perjalanan pulang dari showroom dengan memandu kereta baru memberi satu pengalaman sangat menguja. Bau dalaman dan bungkusan plastik masih ada., sudah cukup menceritakan bahawa impian bertahun-tahun untuk memiliki sebuah kereta hebat telah menjadi kenyataan.Sesampai di rumah, kereta diparkir di garaj dengan berhati-hati, sudah tentu sedikit calar akan mengguris kegembiraan yang sedang dinikmati kini. Isteri, anak termasuk pembantu rumahnya entah berapa kali berkeliling melihat dari pelbagai sudut dan memuji serta menyebut hal-hal yang sama berulang kali. Anak kecilnya berumur tiga tahun nampak lebih teruja dengan tak habis-habis keluar masuk kereta.

Malam itu, sebelum tidur juga duduk-duduk di tempat pemandu dan melihat lagi keretanya sebelum ke katil. Mungkin tidurnya juga bermimpikan kereta baru dengan warna merelit.

Hari esok, dia bangun penuh ceria, bergegas menghadap sarapan lalu mencapai beg bimbit untuk ke pejabat. Kawan-kawan sudah maklum, dan hari ini: Surprise! Begitu rancangannya.

Tetapi apabila dia menghampiri keretanya ada sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dia mendapati sekeliling keretanya terdapat calar-calar dengan goresan yang ketara. Beberapa saat terpinga dia hanya terpaku berdiri kekejangan.

Beg bimbit terlepas daripada genggaman kemudian muka terasa panas tersimbah dan kemarahan membakar dada. Spontan datang dalam mindanya wajah anak kecil yang memang suka menconteng serata dinding. Baru kelmarin dia belikan kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi tabiat menconteng tersebut.

"Adik, mari sini!" Jeritnya kuat memanggil anaknya, nafasnya tertahan-tahan dalam membuak api kemarahan."Budak ini kena ajar," getus hatinya, berani benar anaknya menggores kereta barunya.

Si anak penuh ketakutan seperti seekor burung ciak yang menggigil dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama arus kemarahan yang sukar dibendung si ayah memukul anaknya di serata badan sambil mulutnya tak sudah-sudah menghamburkan kemarahan. Anak kecil ini hanya meraung dan menangis tetapi dalam hati rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan.

Kemarahan ayah masih belum reda lantas mengambil pembaris besi nipis dan dipegangnya tangan anak. Pembaris tersebut diracik-racikkan ke tangan si anak sambil ayahnya berkata, "Ini ayah nak ajar kamu!"

Ia terus mengherdiknya berulang kali. Kalaulah tidak disabarkan oleh isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi anaknya. Anaknya tersepuk dalam dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta air mata terurai."Mana pensel warna yang ayah belikan semalam?" bentak ayahsambil mencari pensel warna yang baru dibelikan itu. Si ayah merampasnya dan mencampakkannya ke dalam kereta.

Pagi tersebut sangat murung buat anak, sangat perit buat ayah. Ayah masuk ke dalam kereta, menghempas pintu, menekan pedal minyak dan berlalu pergi tanpa menoleh. Ibunya pula hanya punya masa sebentar kerana terpaksa bergegas untuk urusan jauh ke luar daerah.

Tinggallah anak ini dengan air mata berlinangan, sedu, tangis dan kesakitan.

Ayah yang masih marah dan tidak dapat memaafkan anaknya terus menghantar kereta ke bengkel dan dia hanya di luar sepanjang hari. Buat sementara tertutup hati untuk balik ke rumah.

Lewat petang, telefon bimbitnya berbunyi, dengan malas dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari rumahnya.

"Bapak, apa saya perlu buat? Adik asyik menangis dan demamnya kuat sekali." Adu pembantu rumah di hujung talian dalam butir bicara keliru.'Biarkan dia, saya nak ajar dia cukup-cukup!" Dengan marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.

Malam itu, ayah tidak pulang ke rumah. Namun ketika lewat malam telefon bimbit berbunyi bertalu-talu daripada nombor yang dia tidak tahu. Dia mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan tersebut dari sebuah hospital meminta dia datang dengan segera. Tanpa berlengah, dia terus ke hospital.

Dia mendapati isterinya turut berada di sana. Pembantu rumah yang bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut bersama dengan wajah sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru masuk berjumpa doktor bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya apabila ia diminta menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi memotong pergelangan tangan anaknya..

"Seluruh sarafnya telah rosak dan bakteria telah masuk ke dalam sum-sum tulang, kami tidak ada pilihan melainkan terpaksa memotongnya untuk menyelamatkan nyawa anak ini." Jelas doktor dengan gambar x-ray dan analisis lain penuh di atas meja. Dengan hati yang berat dia menurunkan tandatangannya.

"Hari malang apakah ini..." tangis hatinya dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung mengenang nasib anaknya.

Si ayah melihat dengan penuh simpati pada wajah comel anaknya yang telah terbaring setelah melalui pembedahan yang panjang. Dia tidak pasti apa perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa bersalah, kasihankan si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan semuanya tidak jelas tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.

Apabila si anak sedar, dia melihat ayah dan ibunya berada di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.

"Ayah... Maafkan adik, adik janji tidak akan gores kereta ayah lagi."

"Ayah tolong pulangkan pensel warna adik ... Adik nak melukis," rayu anak kecil itu dalam esakan meninggi mengemis simpati ayahnya.

Kelu lidah ayahnya, hanya air mata hangat mengalir dan di dalam dada sarat tergumpal rasa sesal. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya yang masih menangis.

Tapi kemudian apabila anak ini tersedar tentang tangannya yang kudung, saat itu dia berkata dalam kesayuan, "Ayah, tangan adik dah tak ada, adik dah tak boleh melukis lagi, kalau adik dah besar nanti macamana nak jaga ayah..macamana adik nak mandikan ayah. Tangan adik dah tak ada lagi...Ayah, pulangkan tangan adik."

Tangisan adik terlalu kuat, sangat menyayat hati. Ayah hanya mampu menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu dia perbetulkan kini? Dia merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat anak bersama cita-citanya yang berkecai dan berderai.

Marilah kita meneroka ke dalam hati si ayah dan bertanya terus kepada keyakinannya:

"Bukankah anak ini harta yang paling berharga?"Ya

"Bukankah anak permata hati?"Benar.

"Bukankah anak ini ditunggu sejak kelahirannya, digomol penuh manja masa kecilnya, apabila berjauhan anda merinduinya, dia memanggil ayah dan menjadikan hidup anda bahagia?"Benar, benar dan benar.

"Kalau begitu, samakah nilainya dengan warna kereta baru anda?Tidak sama sekali.

"Jadi, kenapa anda sanggup memusnahkan cita-citanya dengan amarahmu itu?"Errr.. (tiada jawapan).

*Pengajaran:- kemarahan akan membawa padah. - maka, berfikirlah sebelum bertindak- kawallah amarahmu, kerana apabila kita amarah, Allah tidak bersama kita, tetapi Syaitan yang bersama dengan kita.- tingkatkan kesabaran, hidup ini adalah ujian Allah.- jadikan Rasulullah S.A.W contoh terbaik. Akhlak RASULULLAH S.A.W adalah ALQURAN.

Sumber cerita dengan sedikit ubahsuai : https://www.facebook.com/notes/remaja-cinta-dakwah/pulangkan-tangan-adik-adik-janji-tak-buat-lagi/548254231896193








Apakah perasaan pertama yang timbul apabila melihat ini berlaku pada dinding rumah kita atau perabot yang cantik dan mahal? Kena pula dinding baru dicat untuk Hari Raya yang menjelang tiba atau baru pula dipasangkan kertas dinding yang mahal dan cantik. Dan perabot yang diconteng merupakan perabot yang mahal.

MARAH.

Ya, sebagai manusia biasa mustahil kita dapat mengawal perasaan tanpa ada sedikit pun rasa marah. Itu semua adalah normal, tetapi sejauh mana kita mengawal perasaan marah itulah sebenarnya yang penting sekali. Sudah pasti kita tidak ingin untuk menjadi seperti cerita diatas bukan.

Memang fitrah anak-anak kecil untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mereka sememangnya di dalam fasa 'belajar' dan meneroka apa sahaja yang terlintas di fikiran atau apa sahaja yang dilihat.

Jadi sebelum kita mengambil tindakan terburu-buru, fikir dahulu apa yang telah kita lakukan untuk memenuhi kehendak 'menconteng' pada diri anak-anak.

Adakah kita sudah menyediakan saluran yang betul untuk anak-anak ini mengekspresikan kreativiti mereka?

Sudahkah kita tunjukkan atau memberitahu apa yang boleh diconteng dan apa yang tidak boleh diconteng?

Adakah kita sudah pastikan yang kita tidak lalai dengan meletak merata-rata pen, pensel atau apa sahaja yang boleh mereka conteng?

Jika jawapannya tidak, jadi tiada sebab untuk anak-anak kecil ini dimarahi sehingga mengganggu emosi mereka.





 Conteng di lantai? Ya, tetapi saya sendiri telah memberikan 'washable crayon' kepada anak saya dan memberitahu bahawa ini boleh dibersihkan. Azfar berasa amat teruja apabila dapat mengeksplorasi perkara baru bersama-sama saya.


 Sesudah selesai, saya akan pastikan yang Azfar mesti menolong untuk membersihkan semula lantai yang penuh dengan lukisan. Sambil itu tak habis-habis ditanyanya, bila boleh lukis lagi?



 Selain daripada itu, boleh juga lakukan aktiviti beramai-ramai. Disini Azfar sangat seronok kerana dapat main teng-teng dengan sepupu-sepupunya di tengah-tengah malam. Dilukis menggunakan 'washable crayon' juga. Lepas itu ramai-ramai bersihkan.







 Belikan juga buku lukisan/kertas lukisan/kertas mahjong putih/papan melukis supaya anak-anak ada ruang untuk melukis dan menconteng. Jalankan aktiviti ini bersama-sama mereka. Bukannya 24 jam yang diperlukan, tetapi hanya beberapa kerat dari masa kita. Percayalah, walaupun kita hanya luangkan 15 minit dengan melukis bersama-sama dan menghargai hasil lukisan yang kadang-kala kita pun tak berapa nak faham, tetapi bagi anak-anak kecil ini itu merupakan saat-saat indah dimana mereka merasakan diri dihargai dan diperlukan.





~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!




Baking Class Nov-Dec 2013 - Part 1.

For the first time ever, Genius Baby On Board organized a baking class activity during the year end school break at Genius Baby On Board Shah Alam branch recently. This idea came out due to the overwhelming demand from parents who would love to let their children getting involve in such activity.
 
And it was a totally last minute plan by Teacher Watie (Puchong branch) and myself, Teacher Azie. But Alhamdulillah everything went well and the response that we received were very good.
 
I do believe that not all parents have the chance to do this kind of activity with their children at home. It must be because of the time constraint, not really into baking/cooking, do not like the messy environment or lack of ideas what to do. So the solution is by sending them to this kind of class. And at the same time they get to know new friends.
 
 Our baking class is more than what you think a baking class suppose to be. Here your child will learn about:
  • proper food handling
  • kitchen safety
  • baking preparations
  • baking techniques
  • presentation
  • manners
  • fine motor skills
  • basic cognitive skills
 
 
 
 
There are two categories, young chef (aged 4-7) and junior chef (aged 8-12). Every week with different recipes. Estimated time per session was 2 hours but it was impossible to finish within that time. We extended it to 2 1/2 hours because we want them to do everything by themselves from A-Z. As you scroll down the photos, you will see it.
 
 
 
  
 
  •  


 




 




 
 
 
We started off with clean and shining apron BUT
 


we ended up with dirty and messy apron.
 

 
That is what we called the real baking class.
 
 
Come and like our facebook page for the latest update at Genius Baby On Board Shah Alam.
 
 
 
 

~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
 'I'm possible'!