Pages

Tuesday, 28 January 2014

Pencuriiiiii !!!!!!

MANA???? Siapa pencuri??? Dia curi apa???
 
 
 
Bawa bertenang. Mari kita baca kisah dibawah dahulu.
 
 
 
 
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
 
“Salam.
 
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
 
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
 
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
 
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
 
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
 
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
 
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
 
 
 
Apa kaitannya kisah diatas dengan pencuri?
 
Sebelum itu mari kita fahamkan erti curi.
Pencuri ialah dari perkataan curi. Antara maksudnya mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya
2. mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam
 
Kita selalu anggap pencuri itu ialah apabila seseorang mengambil BARANG tanpa pengetahuan dan si pencuri-pencuri ini akan selalu dipandang serong kerana telah melakukan perbuatan terkutuk...keji.
Beriya sungguh menghukum dan menyumpah seranah pencuri...ish...ish...ish.
 
TETAPI adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri boleh ataupun memang seorang pencuri.
 
'Haihhhhh, pencuri apa. Mana ada saya curi apa-apa'
 
PENCURI MASA !!
 
'Huhhh'
 
Masa berkualiti yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menggembirakan hati dan meninggalkan kesan positif terhadap emosi dan perkembangan mereka.
 
'Eh saya tiap-tiap hari ada dengan anak. Sama-sama tengok tv.'
 
Aktiviti yang seringkali kita ingat sudah cukup. Walhalnya yang ditonton adalah rancangan orang dewasa yang anak kecil sendiri pun tidak faham. Ibubapa tengok tv, anak di hadapan main berseorangan. Bila iklan, masing-masing sibuk pula melayan telefon pintar masing-masing, buka 'facebook', layan 'whatsapp kawan-kawan'....ketawa berdekah-dekah. Tanpa ada sebarang komunikasi antara satu sama lain. Anak yang tadi hanya memerhatikan dan barangkali berfikir, 'Oh ini caranya untuk meluangkan masa bersama keluarga'.
 
Dihujung minggu pula, sibuk dengan hal lain samaada bekerja, melepak bersama rakan-rakan atau perlu hadiri jemputan kenduri. Bila balik rumah sudah penat dan kesudahannya tiada juga masa berkualiti yang diluangkan bersama anak.
 
Nampak tak disitu bagaimana kita ini sebenarnya 'pencuri'. Tetapi tiada undang-undang ciptaan manusia dan hakim yang boleh mendakwa kita. Yang pasti Allah SWT adalah hakim yang sebenar.




Sumber Google

 
 
KELUARGA HARUSLAH DIBERIKAN KEUTAMAAN.

Mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama bukannya hanya terletak pada bahu salah seorang dari kita sebagai ibubapa.
 
Anak pula merupakan amanah dari Allah SWT yang harus kita jaga dengan sebaik-baiknya. Berikan mereka hak yang sepatutnya mereka terima. Didikan haruslah dimulakan seawal usia. Usahalah untuk memberikan yang terbaik dan mengikut kemampuan.


 
 
 Usahlah biarkan kisah diatas berlaku kepada kita bila menginjak usia tua, bilamana anak-anak lah yang menjadi tempat kita mengadu suka duka.
 
 
 
'BEST LEADERS LEAD BY EXAMPLE'
 
 
 
 
 

 
 
~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!

 

No comments:

Post a Comment