Pages

Tuesday, 28 January 2014

Pencuriiiiii !!!!!!

MANA???? Siapa pencuri??? Dia curi apa???
 
 
 
Bawa bertenang. Mari kita baca kisah dibawah dahulu.
 
 
 
 
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
 
“Salam.
 
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
 
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
 
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
 
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
 
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
 
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
 
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
 
 
 
Apa kaitannya kisah diatas dengan pencuri?
 
Sebelum itu mari kita fahamkan erti curi.
Pencuri ialah dari perkataan curi. Antara maksudnya mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya
2. mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam
 
Kita selalu anggap pencuri itu ialah apabila seseorang mengambil BARANG tanpa pengetahuan dan si pencuri-pencuri ini akan selalu dipandang serong kerana telah melakukan perbuatan terkutuk...keji.
Beriya sungguh menghukum dan menyumpah seranah pencuri...ish...ish...ish.
 
TETAPI adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri boleh ataupun memang seorang pencuri.
 
'Haihhhhh, pencuri apa. Mana ada saya curi apa-apa'
 
PENCURI MASA !!
 
'Huhhh'
 
Masa berkualiti yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menggembirakan hati dan meninggalkan kesan positif terhadap emosi dan perkembangan mereka.
 
'Eh saya tiap-tiap hari ada dengan anak. Sama-sama tengok tv.'
 
Aktiviti yang seringkali kita ingat sudah cukup. Walhalnya yang ditonton adalah rancangan orang dewasa yang anak kecil sendiri pun tidak faham. Ibubapa tengok tv, anak di hadapan main berseorangan. Bila iklan, masing-masing sibuk pula melayan telefon pintar masing-masing, buka 'facebook', layan 'whatsapp kawan-kawan'....ketawa berdekah-dekah. Tanpa ada sebarang komunikasi antara satu sama lain. Anak yang tadi hanya memerhatikan dan barangkali berfikir, 'Oh ini caranya untuk meluangkan masa bersama keluarga'.
 
Dihujung minggu pula, sibuk dengan hal lain samaada bekerja, melepak bersama rakan-rakan atau perlu hadiri jemputan kenduri. Bila balik rumah sudah penat dan kesudahannya tiada juga masa berkualiti yang diluangkan bersama anak.
 
Nampak tak disitu bagaimana kita ini sebenarnya 'pencuri'. Tetapi tiada undang-undang ciptaan manusia dan hakim yang boleh mendakwa kita. Yang pasti Allah SWT adalah hakim yang sebenar.




Sumber Google

 
 
KELUARGA HARUSLAH DIBERIKAN KEUTAMAAN.

Mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama bukannya hanya terletak pada bahu salah seorang dari kita sebagai ibubapa.
 
Anak pula merupakan amanah dari Allah SWT yang harus kita jaga dengan sebaik-baiknya. Berikan mereka hak yang sepatutnya mereka terima. Didikan haruslah dimulakan seawal usia. Usahalah untuk memberikan yang terbaik dan mengikut kemampuan.


 
 
 Usahlah biarkan kisah diatas berlaku kepada kita bila menginjak usia tua, bilamana anak-anak lah yang menjadi tempat kita mengadu suka duka.
 
 
 
'BEST LEADERS LEAD BY EXAMPLE'
 
 
 
 
 

 
 
~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!

 

Monday, 27 January 2014

Baking Class : Resepi 'Monster Cookies'

Sepatutnya sebelum 'post' resepi-resepi semasa 'baking class', teacher 'post'kan dulu mengenai aktiviti 'baking class' semasa cuti sekolah yang lepas di Genius Baby On Board Shah Alam. Tapi bila kesibukkan melanda, memang tertangguhlah. Tapi jangan risau, in sha Allah Teacher akan kongsikan juga ya nanti.

Resepi ini pun sebab ada permintaan dari mommies yang hantar anak ke 'baking class' kami dan ingin mencuba pula dirumah bersama anak tercinta. Jadi sekarang sudah dapat ideakan untuk memanfaatkan masa bersama keluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan, mudah, cepat dan sedap.

Inilah rupa 'cookies monster'. Sepatutnya, saiz haruslah besar, sebesar tapak tangan tapi disebabkan tangan memasing comel-comel, maka yang terhasil pun doh yang comel. Tak kisah macam mana pun yang penting mereka ikut kreativiti sendiri dan puas hati.





'COOKIE MONSTER' Recipe.

100g unsalted butter, softened
100g light soft brown sugar
2 tbsp golden syrup
175g self-raising flour
M&M's or chocolate chips for decoration

Method
1. Heat oven to 160C/140C. In a large bowl, beat together the butter, sugar and golden syrup until smooth.
2. Sift in the flour and mix together. Roll into preferred size and decorate it.
3. Bake for 15-20 mins until golden. Leave on the baking sheet for 1 min before removing to a wire rack to cool.











~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!




Thursday, 23 January 2014

Conteng???

Pulangkan Tangan Adik! Adik Janji Tak Buat Lagi!

Perjalanan pulang dari showroom dengan memandu kereta baru memberi satu pengalaman sangat menguja. Bau dalaman dan bungkusan plastik masih ada., sudah cukup menceritakan bahawa impian bertahun-tahun untuk memiliki sebuah kereta hebat telah menjadi kenyataan.Sesampai di rumah, kereta diparkir di garaj dengan berhati-hati, sudah tentu sedikit calar akan mengguris kegembiraan yang sedang dinikmati kini. Isteri, anak termasuk pembantu rumahnya entah berapa kali berkeliling melihat dari pelbagai sudut dan memuji serta menyebut hal-hal yang sama berulang kali. Anak kecilnya berumur tiga tahun nampak lebih teruja dengan tak habis-habis keluar masuk kereta.

Malam itu, sebelum tidur juga duduk-duduk di tempat pemandu dan melihat lagi keretanya sebelum ke katil. Mungkin tidurnya juga bermimpikan kereta baru dengan warna merelit.

Hari esok, dia bangun penuh ceria, bergegas menghadap sarapan lalu mencapai beg bimbit untuk ke pejabat. Kawan-kawan sudah maklum, dan hari ini: Surprise! Begitu rancangannya.

Tetapi apabila dia menghampiri keretanya ada sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dia mendapati sekeliling keretanya terdapat calar-calar dengan goresan yang ketara. Beberapa saat terpinga dia hanya terpaku berdiri kekejangan.

Beg bimbit terlepas daripada genggaman kemudian muka terasa panas tersimbah dan kemarahan membakar dada. Spontan datang dalam mindanya wajah anak kecil yang memang suka menconteng serata dinding. Baru kelmarin dia belikan kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi tabiat menconteng tersebut.

"Adik, mari sini!" Jeritnya kuat memanggil anaknya, nafasnya tertahan-tahan dalam membuak api kemarahan."Budak ini kena ajar," getus hatinya, berani benar anaknya menggores kereta barunya.

Si anak penuh ketakutan seperti seekor burung ciak yang menggigil dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama arus kemarahan yang sukar dibendung si ayah memukul anaknya di serata badan sambil mulutnya tak sudah-sudah menghamburkan kemarahan. Anak kecil ini hanya meraung dan menangis tetapi dalam hati rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan.

Kemarahan ayah masih belum reda lantas mengambil pembaris besi nipis dan dipegangnya tangan anak. Pembaris tersebut diracik-racikkan ke tangan si anak sambil ayahnya berkata, "Ini ayah nak ajar kamu!"

Ia terus mengherdiknya berulang kali. Kalaulah tidak disabarkan oleh isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi anaknya. Anaknya tersepuk dalam dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta air mata terurai."Mana pensel warna yang ayah belikan semalam?" bentak ayahsambil mencari pensel warna yang baru dibelikan itu. Si ayah merampasnya dan mencampakkannya ke dalam kereta.

Pagi tersebut sangat murung buat anak, sangat perit buat ayah. Ayah masuk ke dalam kereta, menghempas pintu, menekan pedal minyak dan berlalu pergi tanpa menoleh. Ibunya pula hanya punya masa sebentar kerana terpaksa bergegas untuk urusan jauh ke luar daerah.

Tinggallah anak ini dengan air mata berlinangan, sedu, tangis dan kesakitan.

Ayah yang masih marah dan tidak dapat memaafkan anaknya terus menghantar kereta ke bengkel dan dia hanya di luar sepanjang hari. Buat sementara tertutup hati untuk balik ke rumah.

Lewat petang, telefon bimbitnya berbunyi, dengan malas dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari rumahnya.

"Bapak, apa saya perlu buat? Adik asyik menangis dan demamnya kuat sekali." Adu pembantu rumah di hujung talian dalam butir bicara keliru.'Biarkan dia, saya nak ajar dia cukup-cukup!" Dengan marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.

Malam itu, ayah tidak pulang ke rumah. Namun ketika lewat malam telefon bimbit berbunyi bertalu-talu daripada nombor yang dia tidak tahu. Dia mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan tersebut dari sebuah hospital meminta dia datang dengan segera. Tanpa berlengah, dia terus ke hospital.

Dia mendapati isterinya turut berada di sana. Pembantu rumah yang bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut bersama dengan wajah sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru masuk berjumpa doktor bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya apabila ia diminta menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi memotong pergelangan tangan anaknya..

"Seluruh sarafnya telah rosak dan bakteria telah masuk ke dalam sum-sum tulang, kami tidak ada pilihan melainkan terpaksa memotongnya untuk menyelamatkan nyawa anak ini." Jelas doktor dengan gambar x-ray dan analisis lain penuh di atas meja. Dengan hati yang berat dia menurunkan tandatangannya.

"Hari malang apakah ini..." tangis hatinya dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung mengenang nasib anaknya.

Si ayah melihat dengan penuh simpati pada wajah comel anaknya yang telah terbaring setelah melalui pembedahan yang panjang. Dia tidak pasti apa perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa bersalah, kasihankan si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan semuanya tidak jelas tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.

Apabila si anak sedar, dia melihat ayah dan ibunya berada di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.

"Ayah... Maafkan adik, adik janji tidak akan gores kereta ayah lagi."

"Ayah tolong pulangkan pensel warna adik ... Adik nak melukis," rayu anak kecil itu dalam esakan meninggi mengemis simpati ayahnya.

Kelu lidah ayahnya, hanya air mata hangat mengalir dan di dalam dada sarat tergumpal rasa sesal. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya yang masih menangis.

Tapi kemudian apabila anak ini tersedar tentang tangannya yang kudung, saat itu dia berkata dalam kesayuan, "Ayah, tangan adik dah tak ada, adik dah tak boleh melukis lagi, kalau adik dah besar nanti macamana nak jaga ayah..macamana adik nak mandikan ayah. Tangan adik dah tak ada lagi...Ayah, pulangkan tangan adik."

Tangisan adik terlalu kuat, sangat menyayat hati. Ayah hanya mampu menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu dia perbetulkan kini? Dia merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat anak bersama cita-citanya yang berkecai dan berderai.

Marilah kita meneroka ke dalam hati si ayah dan bertanya terus kepada keyakinannya:

"Bukankah anak ini harta yang paling berharga?"Ya

"Bukankah anak permata hati?"Benar.

"Bukankah anak ini ditunggu sejak kelahirannya, digomol penuh manja masa kecilnya, apabila berjauhan anda merinduinya, dia memanggil ayah dan menjadikan hidup anda bahagia?"Benar, benar dan benar.

"Kalau begitu, samakah nilainya dengan warna kereta baru anda?Tidak sama sekali.

"Jadi, kenapa anda sanggup memusnahkan cita-citanya dengan amarahmu itu?"Errr.. (tiada jawapan).

*Pengajaran:- kemarahan akan membawa padah. - maka, berfikirlah sebelum bertindak- kawallah amarahmu, kerana apabila kita amarah, Allah tidak bersama kita, tetapi Syaitan yang bersama dengan kita.- tingkatkan kesabaran, hidup ini adalah ujian Allah.- jadikan Rasulullah S.A.W contoh terbaik. Akhlak RASULULLAH S.A.W adalah ALQURAN.

Sumber cerita dengan sedikit ubahsuai : https://www.facebook.com/notes/remaja-cinta-dakwah/pulangkan-tangan-adik-adik-janji-tak-buat-lagi/548254231896193








Apakah perasaan pertama yang timbul apabila melihat ini berlaku pada dinding rumah kita atau perabot yang cantik dan mahal? Kena pula dinding baru dicat untuk Hari Raya yang menjelang tiba atau baru pula dipasangkan kertas dinding yang mahal dan cantik. Dan perabot yang diconteng merupakan perabot yang mahal.

MARAH.

Ya, sebagai manusia biasa mustahil kita dapat mengawal perasaan tanpa ada sedikit pun rasa marah. Itu semua adalah normal, tetapi sejauh mana kita mengawal perasaan marah itulah sebenarnya yang penting sekali. Sudah pasti kita tidak ingin untuk menjadi seperti cerita diatas bukan.

Memang fitrah anak-anak kecil untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mereka sememangnya di dalam fasa 'belajar' dan meneroka apa sahaja yang terlintas di fikiran atau apa sahaja yang dilihat.

Jadi sebelum kita mengambil tindakan terburu-buru, fikir dahulu apa yang telah kita lakukan untuk memenuhi kehendak 'menconteng' pada diri anak-anak.

Adakah kita sudah menyediakan saluran yang betul untuk anak-anak ini mengekspresikan kreativiti mereka?

Sudahkah kita tunjukkan atau memberitahu apa yang boleh diconteng dan apa yang tidak boleh diconteng?

Adakah kita sudah pastikan yang kita tidak lalai dengan meletak merata-rata pen, pensel atau apa sahaja yang boleh mereka conteng?

Jika jawapannya tidak, jadi tiada sebab untuk anak-anak kecil ini dimarahi sehingga mengganggu emosi mereka.





 Conteng di lantai? Ya, tetapi saya sendiri telah memberikan 'washable crayon' kepada anak saya dan memberitahu bahawa ini boleh dibersihkan. Azfar berasa amat teruja apabila dapat mengeksplorasi perkara baru bersama-sama saya.


 Sesudah selesai, saya akan pastikan yang Azfar mesti menolong untuk membersihkan semula lantai yang penuh dengan lukisan. Sambil itu tak habis-habis ditanyanya, bila boleh lukis lagi?



 Selain daripada itu, boleh juga lakukan aktiviti beramai-ramai. Disini Azfar sangat seronok kerana dapat main teng-teng dengan sepupu-sepupunya di tengah-tengah malam. Dilukis menggunakan 'washable crayon' juga. Lepas itu ramai-ramai bersihkan.







 Belikan juga buku lukisan/kertas lukisan/kertas mahjong putih/papan melukis supaya anak-anak ada ruang untuk melukis dan menconteng. Jalankan aktiviti ini bersama-sama mereka. Bukannya 24 jam yang diperlukan, tetapi hanya beberapa kerat dari masa kita. Percayalah, walaupun kita hanya luangkan 15 minit dengan melukis bersama-sama dan menghargai hasil lukisan yang kadang-kala kita pun tak berapa nak faham, tetapi bagi anak-anak kecil ini itu merupakan saat-saat indah dimana mereka merasakan diri dihargai dan diperlukan.





~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!




Baking Class Nov-Dec 2013 - Part 1.

For the first time ever, Genius Baby On Board organized a baking class activity during the year end school break at Genius Baby On Board Shah Alam branch recently. This idea came out due to the overwhelming demand from parents who would love to let their children getting involve in such activity.
 
And it was a totally last minute plan by Teacher Watie (Puchong branch) and myself, Teacher Azie. But Alhamdulillah everything went well and the response that we received were very good.
 
I do believe that not all parents have the chance to do this kind of activity with their children at home. It must be because of the time constraint, not really into baking/cooking, do not like the messy environment or lack of ideas what to do. So the solution is by sending them to this kind of class. And at the same time they get to know new friends.
 
 Our baking class is more than what you think a baking class suppose to be. Here your child will learn about:
  • proper food handling
  • kitchen safety
  • baking preparations
  • baking techniques
  • presentation
  • manners
  • fine motor skills
  • basic cognitive skills
 
 
 
 
There are two categories, young chef (aged 4-7) and junior chef (aged 8-12). Every week with different recipes. Estimated time per session was 2 hours but it was impossible to finish within that time. We extended it to 2 1/2 hours because we want them to do everything by themselves from A-Z. As you scroll down the photos, you will see it.
 
 
 
  
 
  •  


 




 




 
 
 
We started off with clean and shining apron BUT
 


we ended up with dirty and messy apron.
 

 
That is what we called the real baking class.
 
 
Come and like our facebook page for the latest update at Genius Baby On Board Shah Alam.
 
 
 
 

~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
 'I'm possible'!
 
 

Wednesday, 22 January 2014

Pengumuman : Perasmian Genius Baby On Board Shah Alam

Alhamdulillah. Rasa syukur Teacher panjatkan kepada Allah SWT di atas terbinanya GBOB Shah Alam. Pejam celik pejam celik, sudah lebih kurang 6 bulan kami beroperasi. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak merupakan sesuatu perkara yang baru oleh sesetengah ibubapa. Tetapi semakin lama semakin ramai yang sedar akan pentingnya pendidikan awal ini setelah melihat sendiri hasilnya.
Jadi mari sertai kami di majlis perasmian yang akan diadakan di pada:

Tarikh   : 9 Februari 2014
Waktu   : 10pagi - 5petang
Alamat  : No. 102b, Tgkt 2 Jalan Pelabur A 23/A, 40300 Shah Alam.
Tetamu Undangan : Farrah Adeeba





Mari datang beramai-ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program kami dan juga untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa kelas 'playgroup' yang hanya ada pada hari itu.



Dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik dan juga goodie bag yang kami sediakan.

JOM, JANGAN LEPASKAN PELUANG. AJAK JUGA KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA YANG BERMINAT.
BERSAMA-SAMA KITA MERIAHKAN SUASANA.

JANGAN LUPA!!!



~ Teacher Azie ~
Nothing is impossible, the word itself says
'I'm possible'!